Pages

Pages

January 23, 2016

terikat vs freedom

Stay at distance not to scare the bird
Sudah menjadi kelaziman kanak-kanak dan orang dewasa mempunyai minat kepada haiwan terutamanya binatang peliharaan. Begitu juga Faiq dan Fadya sangat minat dengan burung, iguana, chameleon sudah semestinya lion, kucing dan spesies seangkatannya. Faiq akan kesian kepada haiwan di dalam sangkar ataupun berikat, dia cakap the animals kena trapped. Let them go. Mungkin saya pernah cerita yang kami pernah beli ikan guppy, masa tu Faiq sangat happy. Keesokkan harinya Faiq cakap ikan tu rindu mamanya. Suruh hantar ikan-ikan balik walaupun saya dah cakap ikan guppy jenis kecik tapi dewasa.

Dalam pic di atas ni Faiq sedih ja nak pergi dekat atau nak say hello kerana takut burung kakak tua - cockatoo itu terkejut atau takut tetapi tak dapat terbang. Faiq cakap burung dengan tali besi. Kuat untuk diputuskan. 

Saya rasa rakan blogger pernah terbaca tentang mangsa diculik (nauzubilah) yang terlepas, dalam artikel "love in captivity". Mangsa di sayangi tetapi di kurung dalam bilik yang dikunci. Selepas beliau berjaya melepaskan diri. Beliau menghantar surat kepada kerajaan beberapa negara untuk tutupkan zoo-zoo yang ada kerana kehidupan begitu tertekan. Saya google tak keluar yang spesifik, walau apa pun, sekurangnya dapat dibezakan safari lebih bagus. Biasa kalau saya komen dekat menteri di malaysia ni saya komen "lebih suka safari", "safari lebih baik". Post sebelumnya free entertaiment | Beriadah

2 comments:

  1. Kasihan melihat haiwan yang di rantai...

    ReplyDelete
  2. Kesihan melihat haiwan dirantai begitu, lebih baik mereka dibiarkan bebas beterbangan

    ReplyDelete