Pages

Pages

February 3, 2016

bekalan berpavlova | lunch picnic

Anggota badan menyediakan sarapan, minda memikirkan persediaan bekalan makanan di tengahari. Ikan mackerel  termenung ja dalam freezer di keluarkan, sayur tak da pun cuma buah kiwi dan kacamg buncis yang dapat menambah warna bekalan nanti.

Penyediaan perencah semua sudah di mesin dan di letak dalam bekas nutella. Seperti ikan bilis sudah diblendkan menjadi hancur, buah pala juga di blend dan di simpan. Mema7ng saya seorang yang tak pandai memasak, ini lah usaha memudahkan untuk menjayakan misi membawa bekal. Sejak Faiq menggemari kicap manis ni, saya kurangkan mrnyediakan kari.

Jadi menu hari ini

1. Kuah masak kicap di lumis dengan bawang putih dan bawang kuning, halia, serai, nutmeg
, ikan bilis, garam himalaya, cili kering dan minyak zaitun.

2. ikan goreng di goreng dengan minyak canola, sebelumnya dilumur dengan kunyit hidup yang di mesin, garam himalaya.

3. Sayur juga ditumis dengan minyak zaitun, buah pala dimesin halus, bawang putih berulas ulas, bawang kuning hampir sebiji, ikan bilis, halia, serai.

Walaupun simple, hati rasa senang sebab bahannya termasuk bahan sunnah, bahan herba yang menyihatkan dan penuh dengan antiseptic. Boleh google kunyit (tumeric) hidup sangat bagus, halia juga. Kuantiti skit je.

4. Dessert tu saya sediakan ubahsuai pavlova. Biasa base pavlova dari putih telur tetapi saya cuma sediakan roti di bakar dalam oven terlebih dahulu. Nanti akan diupload gambar. Cuma dessert saja yang ada.

Maaf bukan kemiri, nutmeg cuma quantiti yang skit.

4 comments:

  1. Bagusnya babypose sediakan hidangan guna bahan2 sunnah :)

    ReplyDelete
  2. Goodness kakak tak tahu kemiri BP
    Tak apa nanti kakak google

    Apa pun pavlova tu mengancam selera kakak:)

    ReplyDelete
  3. rajin msk guna bhn sunnah n segar terjamin khasiatnya.

    ReplyDelete